DUNIA > BERITA

AS Dijangka Tidak Mansuhkan Tarif Ke Atas China Dalam Masa Terdekat - Setiausaha Perdagangan

10/05/2025 06:38 PM

WASHINGTON, 10 Mei (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Amerika Syarikat (AS) tidak akan memansuhkan tarif terhadap China dalam masa terdekat susulan rundingan hujung minggu ini di Switzerland, kata Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick kepada Fox News, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Tidak mungkin,” kata Lutnick pada Jumaat apabila ditanya mengenai kemungkinan tarif terhadap China akan ditarik balik. Beliau menambah bahawa Washington dan Beijing perlu mengadakan puluhan mesyuarat dan meredakan ketegangan terlebih dahulu.

Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt pada Jumaat berkata Presiden AS Donald Trump masih berpendirian untuk tidak menarik balik tarif terhadap China secara sepihak.

Trump menulis di platform Truth Social pada Jumaat bahawa “tarif 80 peratus terhadap China dilihat wajar” namun menyerahkan keputusan itu kepada Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent.

Sebelum ini, Trump berkata dalam satu temu bual dengan Fox News bahawa Washington perlu mengurangkan tarif terhadap barangan dari China kerana tanpa langkah itu, hubungan perdagangan antara kedua-dua negara sukar untuk dibangunkan.

Bessent dijadual bertemu Naib Perdana Menteri China He Lifeng hujung minggu ini di Switzerland bagi membincangkan isu perdagangan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA Novosti


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan