DUNIA > BERITA

Dua Pasukan Pengaman China Terima Pingat PBB

03/10/2025 04:44 PM

BEIJING, 3 OKT (Bernama-CMG) -- Unit helikopter misi pengaman kumpulan kelima China ke Abyei dan pasukan pengaman kumpulan ke-23 China ke Lubnan dianugerahkan 'Pingat Keamanan' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.

Sejak ditempatkan di Abyei pada Disember 2024, unit helikopter melaksanakan pelbagai tugasan antaranya rondaan udara, operasi pemindahan perubatan (Medevac), pengangkutan barangan dan lain-lain.  

Pasukan berkenaan telah melakukan penerbangan melebihi 1,980 jam dengan menghantar lebih 9,000 orang dan 650 tan barangan.

Pasukan pengaman kumpulan ke-23 China ke Lubnan yang juga ditugaskan pada Disember tahun lepas telah menghapuskan rintangan di jalan hampir dua kilometer, membersihkan periuk api melibatkan kawasan lebih 4,200 meter persegi, di samping melaksanakan misi bantuan kemanusiaan sebanyak 61 kali. 

'Pingat Keamanan' merupakan penghormatan tertinggi yang diberikan PBB kepada anggota pengaman sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan mereka dalam memelihara keamanan sejagat.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan