BEIJING, 1 Okt (Bernama-CMG) -- Keperluan untuk memelihara kedudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memperkukuh tadbir urus global kini menjadi konsensus masyarakat antarabangsa.
Jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Guo Jiakun berkata demikian dalam sidang media pada Selasa susulan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) mendapat pujian ramai pemimpin asing pada perbahasan umum sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) 2025.
Menurut beliau, GGI yang digagaskan Presiden Xi Jinping menjunjung lima prinsip utama iaitu menegakkan kesaksamaan kedaulatan, mematuhi undang-undang antarabangsa, mengamalkan multilateralisme, menggalakkan pendekatan berpaksikan rakyat dan menggariskan hala tuju jelas.
Ia menyediakan pendekatan praktikal bagi merungkai pelbagai cabaran dalam tadbir urus sejagat, katanya.
Guo menegaskan inti pati GGI adalah sejajar dengan Piagam PBB, sekali gus mencerminkan sokongan teguh China terhadap PBB serta aspirasi bersama masyarakat antarabangsa.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial