SYDNEY, 2 Okt (Bernama-CMG) -- Treler filem dokumentari "Shenzhou-13" ditayangkan sempena Kongres Astronautik Antarabangsa ke-76 (IAC 2025) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Sydney, Australia.
Diterbitkan oleh Kumpulan Media China (CMG), "Shenzhou-13" merupakan dokumentari pertama yang dihasilkan menggunakan teknologi paparan definisi ultra tinggi 8K, berasaskan penggambaran yang dibuat oleh tiga angkasawan China sendiri.
Filem itu mengetengahkan kisah kru misi Shenzhou-13 iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu yang melaksanakan tugasan di stesen angkasa lepas selama enam bulan.
Bakal Presiden Persekutuan Astronautik Antarabangsa (IAF) Gabriella Arrigo menyifatkan dokumentari itu mempunyai makna yang besar kerana memaparkan bidang angkasa dari pelbagai dimensi, sekali gus memberi inspirasi khususnya kepada golongan muda.
Beliau turut berkata bahawa industri angkasa lepas China kini menjadi penanda aras bagi banyak negara, sambil menyatakan keyakinan bahawa negara Tembok Besar itu akan terus mencatat kemajuan signifikan dalam bidang berkenaan.
IAC 2025 yang berlangsung selama lima hari bermula Isnin, menghimpunkan kira-kira 8,000 peserta termasuk angkasawan, ahli sains, jurutera serta peneraju industri angkasa.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial