BEIJING, 3 Okt (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping dan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam saling bertukar ucapan tahniah pada Jumaat sempena ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Xi menegaskan bahawa China bersedia bekerjasama dengan Singapura untuk memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik, memperkasa kolaborasi bertaraf tinggi serta mempererat pertukaran sosiobudaya.
Beliau berkata China turut komited bersinergi dengan Singapura bagi memelihara sistem perdagangan multilateral dan norma asas hubungan antarabangsa, di samping memperkukuh perkongsian berorientasikan masa depan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi, sekali gus menyumbang kepada kedamaian serta kemakmuran serantau dan global.
Sementara itu, Shanmugaratnam menegaskan bahawa sejak hubungan Singapura-China dinaik taraf kepada perkongsian berorientasikan masa depan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi pada 2023, pelbagai projek kerjasama antara kerajaan terus dipergiat dengan menampilkan ciri-ciri baharu.
Menurut beliau, kedua-dua pihak turut aktif memperluas kerjasama dalam bidang baharu di samping menyaksikan hubungan budaya dan pertukaran rakyat yang semakin kukuh.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial