MEXICO CITY, 23 Mei (Bernama-Xinhua) -- Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum memutuskan untuk meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung isu tarif membabitkan sektor keluli, aluminium dan automotif selepas perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari AS pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.
Dalam sidang akhbar hariannya, Sheinbaum berkata perbualan itu tidak memfokuskan kepada Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang akan dikaji semula pada 2026, sebaliknya memberi tumpuan kepada isu berkaitan industri utama seperti automotif serta eksport keluli dan aluminium.
“Secara asasnya, kami terus berbincang mengenai perdagangan dan tarif.
“Dalam sektor automotif, Mexico berada dalam kedudukan yang sangat istimewa, walaupun kami masih mahukan lebih banyak kelebihan... dan kami terus berusaha dalam isu keluli dan aluminium,” katanya.
Beliau berkata bahawa satu mesyuarat peringkat tinggi mengenai perdagangan dijadual diadakan pada Jumaat dan akan disertai pegawai kanan kedua-dua negara, termasuk Setiausaha Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial