Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Bernama Terus Main Peranan Penting Salur Maklumat Sahih - Ahmad Zahid

20/05/2026 04:21 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) terus memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat sahih kepada rakyat, khususnya dalam era lambakan maklumat tanpa sempadan ketika ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dalam dunia yang bergerak pantas, kewujudan institusi media berwibawa amat penting bagi memastikan masyarakat menerima maklumat sahih, tepat dan berfakta.

“Selama 59 tahun, Bernama telah memegang amanah besar ini sebagai agensi berita nasional yang menjadi rujukan utama negara.

Ad Banner
Ad Banner

“Daripada laporan semasa, dasar kerajaan, ekonomi, sukan hinggalah isu antarabangsa, Bernama terus memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena ulang tahun ke-59 agensi berita itu hari ini.

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Bernama atas dedikasi dan pengorbanan mereka dalam memastikan dunia kewartawanan negara terus teguh sebagai jambatan maklumat kepada rakyat dan negara.

Beliau turut mendoakan agar Bernama terus maju dan kekal menjadi institusi media yang diyakini rakyat serta disegani di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan