SHAH ALAM, 21 Mei (Bernama) -- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 151 penerima dalam istiadat bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Ke-80.
Pada istiadat itu, seorang individu dikurniakan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S), seramai 21 individu dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) manakala 26 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C.).
Selain itu, sejumlah 87 individu dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), manakala 16 menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S.).
Istiadat hari kedua itu berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini, dan penerima pada hari ini ialah dari daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.
Turut hadir Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Mohamad Onn Abd Aziz, Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Haniff Zainal Abidin, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor Datuk Rizam Ismail dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial