Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Ong Wai Leong Dilantik Semula Sebagai Pengerusi MPM - KESUMA

26/05/2025 05:52 PM

PUTRAJAYA, 26 Mei (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) hari ini mengumumkan pelantikan semula Pengerusi Mahkamah Perusahaan (MPM) Ong Wai Leong bagi penggal kelima berkuat kuasa 1 Jun ini hingga 31 Mei 2029.

Dalam kenyataan hari ini, KESUMA memaklumkan pelantikan semula Ong sebagai pengiktirafan kepada komitmen, profesionalisme, dan integriti beliau dalam menjalankan tugas sebagai Pengerusi MPM sejak 2016.

“Sepanjang perkhidmatan, Ong mengendalikan 1,161 kes dan berjaya menyelesaikan 1,060 kes. 

“Beberapa pencapaian beliau turut akan diterbitkan dalam buku kompilasi anugerah MPM sebagai rujukan penting dalam bidang perundangan perburuhan,” menurut KESUMA.

Menurut kenyataan itu, pelantikan berkenaan akan terus menyumbang kepada peningkatan kecekapan MPM dalam mencapai petunjuk utama prestasi (KPI) yang ditetapkan di bawah Kerangka Strategik Malaysia MADANI, terutama dalam aspek mempercepat proses pengadilan serta mengurangkan kes tertunggak.

Antara KPI yang ditetapkan Menteri Sumber Manusia Steven Sim di bawah Kerangka Strategik Malaysia MADANI (KSMM) melibatkan MPM ialah Reformasi MPM dan Mahkamah Buruh, iaitu memendekkan tempoh proses pengadilan, mengurangkan kes tertunggak dan menambah baik fasiliti serta kemudahan di kedua-dua mahkamah.

Ad Banner

MPM yang ditubuhkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) ialah tribunal yang berperanan sebagai badan tunggal untuk memutuskan kes melibatkan pembuangan kerja, perjanjian kolektif dan pertikaian perusahaan antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja yang berkaitan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan