6hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) telah meluluskan pelan pemulihan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk membolehkan syarikat itu keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17), selepas empat kali tempoh lanjutan tarikh akhir.
26hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pelan penyusunan semula Capital A Bhd untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) kini berada di peringkat akhir dengan 15 hingga 20 peratus masih belum selesai yang dijangka siap selewat-lewatnya akhir Julai 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Reach Energy Bhd dan tujuh pengarahnya berikutan melanggar Keperluan Pengurusan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd memaklumkaN ia sedang giat meneroka potensi penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong (HKEX) sebagai sebahagian daripada strateginya untuk meluaskan akses kepada pasaran modal global dan meletakkan ekosistem perniagaan perkhidmatan digital dan penerbangannya untuk fasa pertumbuhan seterusnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd kekal yakin dapat mengakhiri status Nota Amalan 17 (PN17), didorong oleh operasi perniagaan berdaya tahan serta strategi pemulihan yang menyokong kestabilan kemajuan kewangannya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengumumkan Ho Hup Construction Company Bhd diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) selepas mencetuskan kriteria di bawah Perenggan 2.1(f) PN17 dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd sedang mendapatkan kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk lanjutan tempoh sehingga 15 April, 2025, bagi mengeluarkan pekeliling pemegang saham mengenai cadangan pelan penyusunan semula Nota Amalan 17 (PN17).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Pharmaniaga Bhd meneruskan pelan regularisasi kumpulan supaya keluar dari status Nota Amalan 17 (PN17) selepas pemegang saham meluluskan tiga resolusi utama pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh pelaburan RM1.1 bilion menerusi langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).
3bulan ago
SEPANG, 10 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd menyasar keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang Mei 2025 selepas pelan penstrukturan semulanya mendapat kelulusan pemegang saham dan Mahkamah Tinggi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- E.A Technique (M) Bhd (EATech), pakar pengangkutan marin dan penyimpanan luar pesisir telah memperoleh kelulusan pemegang sahamnya pada mesyuarat agung yang luar biasa untuk dijenamakan semula sebagai Avangaad Bhd.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Syarikat berstatus PN17 (Nota Amalan 17), KNM Group Bhd, masih dalam proses merangka pelan untuk menyelaraskan keadaan kewangannya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.