BERITA TERKINI   Pulau Pinang tetapkan kadar zakat fitrah tahun ini kepada tiga kategori, RM10, RM15 dan RM25 - YDP Majlis Agama Islam Negeri | Syarikat perlu menguruskan risiko mata wang secara giat melalui strategi lindung nilai dan perniagaan yang sesuai - Johari Ghani | SPRM akan siasat mana-mana kes jika terdapat petunjuk baharu, walaupun diklasifikasikan tiada kes sebelum ini - Azam Baki | Penggunaan kamera badan oleh anggota penguatkuasa PBT di Wilayah Persekutuan dilaksanakan secara berfasa bermula suku keempat tahun ini - Hannah | Kerja SPRM adalah kembalikan wang rakyat yang diseleweng, MOF tentukan bagaimana wang tersebut disalurkan semula - Azam Baki | 

KNM Terima Notis Tuntutan Cadangan Pelupusan Anak Syarikat Jerman

KUALA LUMPUR, 7 Okt  (Bernama) -- KNM Group Bhd telah menerima notis tuntutan bertulis untuk mempertimbangkan cadangan pelupusan melibatkan anak syarikat Jermannya, Deutsche KNM GmbH (DKNM).

KNM melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini memberitahu permintaan itu telah dibuat oleh MAA Group, yang memegang tidak kurang 10 peratus daripada modal berbayar syarikat yang memberikan hak mengundi dalam mesyuarat agung.

Kumpulan itu akan mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk satu resolusi khas mengenai cadangan pelupusan itu semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Pelupusan tersebut melibatkan KNM Process Systems Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh KNM Group, menjual satu saham dalam DKNM, yang mewakili kepentingan ekuiti 100 peratus bagi pertimbangan keseluruhan sebanyak €270 juta (1€ = RM4.91).

Pada 3 Oktober 2025, bursa tempatan mengumumkan bahawa KNM Group berhadapan dengan potensi nyahsenarai selepas Bursa Malaysia Securities Bhd menolak pelan regulatisasi yang dicadangkan untuk keluar dari status Nota Amalan 17 (PN17). 

KNM berkata bahawa selepas nyahsenarai, syarikat itu tetap wujud sebagai entiti yang tidak tersenarai, dengan menyatakan bahawa ia telah memasuki status PN17 pada Oktober 2022 selepas juruauditnya menimbulkan keraguan material atas keupayaannya untuk usaha berterusan.

Pelan regularisasi KNM yang diumumkan pada Ogos 2025 merangkumi cadangan pelupusan DKNM, yang memiliki crown jewel Borsig GmbH pada harga €270 juta untuk mengurangkan hutang.

-- BERNAMA