BERITA TERKINI   Isu tanah ladang komersial Felda di Terengganu dijangka selesai dalam masa terdekat - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan belanja lebih RM200 juta bagi Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir tahun lepas - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 9723 berita berdasarkan kata kunci carian "kuala lumpur"

Unit Pintaras Jaya Peroleh Kerja Subkontrak Bernilai RM35.5 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Pintaras Jaya Bhd, Pintaras (East Malaysia) Sdn Bhd memenangi subkontrak bagi cadangan pembinaan jambatan bernilai RM35.5 juta di Kuching, Sarawak. 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh petunjuk bercampur-campur daripada niaga hadapan serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.

Malaysia Kini Muncul Gerbang Utama Pengembangan Perdagangan Serantau India

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Malaysia kini dilihat kian penting dalam strategi India untuk menembusi pasaran Asia Tenggara, dengan negara ini berperanan sebagai pemangkin kepada peluasan hubungan perdagangan dan perniagaan serantau, kata seorang ahli akademik.

Kalangan Syarikat Digesa Urus Risiko Mata Wang Susulan Pergerakan Ringgit - Johari

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kalangan syarikat perlu mengurus risiko mata wang secara aktif melalui langkah lindung nilai dan strategi perniagaan yang sesuai, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Belian Saham Mewah

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini didorong oleh aktiviti pembelian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media.

Malaysia Bersedia Jadi Hab Perdagangan Emas Fizikal Global - MGA

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Malaysia mempunyai potensi kukuh untuk muncul sebagai hab perdagangan emas fizikal global, disokong oleh persekitaran dasar mesra perniagaan, ekosistem industri bersepadu dan Prinsip Industri Emas Malaysia (MGIP) yang akan datang.

Emas, Perak Dijangka Terus Meningkat Dalam Tempoh Sederhana Hingga Jangka Panjang - MGA

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Harga emas dan perak dijangka terus meningkat dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang walaupun berdepan situasi tidak menentu jangka pendek didorong oleh perkembangan makroekonomi dan geopolitik global, kata Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Datuk Seri Louis Ng.

Gobind Terharu Tersenarai Dalam “2026 Tech Diplomacy Global 50”

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo terharu apabila tersenarai dalam “2026 Tech Diplomacy Global 50”, dan menyifatkan pengiktirafan itu mencerminkan perjalanan transformasi digital ketika Malaysia bergerak ke arah negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030.

Dana Asing Catat Aliran Masuk Bersih Selama Empat Minggu

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keempat berturut-turut walaupun aliran masuk asing bersih merosot kepada RM12.8 juta minggu lepas, menurun daripada RM510.9 juta pada minggu sebelumnya.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas penjualan pada minggu sebelumnya.

AirBorneo Bakal Terima Lapan Pesawat ATR Antara 2027 Hingga 2029

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- AirBorneo memeterai perjanjian dengan pengeluar pesawat ATR untuk menempah lapan pesawat terdiri daripada lima ATR 72-600 dan tiga ATR 42-600, dengan penghantaran dijadualkan antara 2027 dan 2029.