BERITA TERKINI   Konflik Asia Barat: Kuota BUDI95 diselaras sementara kepada 200 liter sebulan daripada 300 liter bermula 1 April — PM Anwar | Had siling subsidi bersasar petrol RON95 bagi e-hailing, pekerja gig dikekalkan sehingga 800 liter - PM Anwar | Konflik Asia Barat: Sabah, Sarawak akan terus nikmati diesel subsidi pada RM2.15 seliter walaupun harga melambung naik- PM Anwar | Malaysia kekal sebagai pusat tarikan pelaburan yang sangat aktif meskipun dunia berdepan kemelut dan peperangan - PM Anwar | PM Anwar harap rakyat faham pengurangan kuota subsidi BUDI RON95 dibuat teliti dan berhemah | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh petunjuk bercampur-campur daripada niaga hadapan serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terus terjejas oleh data ekonomi China yang negatif dan kelewatan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan berikutan penutupan separa kerajaan AS.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh petunjuk pembuatan global yang positif dan keyakinan terhadap potensi ketegangan geopolitik yang mereda,” katanya kepada Bernama.

Katanya niaga hadapan getah Jepun menurun pada sesi ketiga berturut-turut pada Selasa berikutan permintaan domestik yang rendah.

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 10 sen kepada 754.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 1.5 sen kepada 576 sen sekilogram. 

-- BERNAMA