BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan The Real Warriors FC 0-2 Terengganu FC | Super League: Kelantan The Real Warriors FC 0-2 Terengganu FC | Bayaran balik cukai dikreditkan secara berperingkat mulai minggu kedua bulan Mac 2026 - LHDN | Konflik Timur Tengah: Rakyat Malaysia yang terkandas di Abu Dhabi selamat tiba di Malaysia pada 9.24 malam ini menaiki penerbangan Etihad Airways EY486 - Wisma Putra | 

Unit Pintaras Jaya Peroleh Kerja Subkontrak Bernilai RM35.5 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Pintaras Jaya Bhd, Pintaras (East Malaysia) Sdn Bhd memenangi subkontrak bagi cadangan pembinaan jambatan bernilai RM35.5 juta di Kuching, Sarawak. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pembinaan itu berkata skop kerja termasuk kerja-kerja tanah, pemasangan cerucuk, penutup cerucuk, jambatan penampan, kerja struktur atas jambatan dan tiang sambut, dan ia akan bermula serta-merta bagi tempoh 29 bulan. 

“Tertakluk kepada keadaan yang tidak dijangka, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan Pintaras Jaya sepanjang tempoh kontrak.

“Kontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

“Kumpulan itu juga berhasrat untuk membiayai kontrak tersebut menerusi dana yang dijana secara dalaman,” katanya. 

-- BERNAMA