Terdapat 285 berita berdasarkan kata kunci carian " lada"

LADA, MAG Lancar Kempen Naturally Langkawi Special Deals 2025

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Malaysia Aviation Group (MAG) telah melancarkan kempen Tawaran Naturally Langkawi Special Deals 2025.

Felcra Catat Untung Boleh Agih RM178 Juta Bagi Projek P&P Januari Hingga April 2025 - TPM Zahid

PASIR SALAK, 17 Ogos (Bernama) -- Felcra Bhd mencatatkan keuntungan boleh agih sebanyak RM178 juta bagi Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) dari Januari hingga April 2025, menunjukkan peningkatan daripada prestasi tahun sebelumnya.

Agrobank Melalui iTEKAD Perkasa Usahawan Asnaf Dan B40 Bagi Projek Penanaman Nanas

KANGAR, 17 Ogos (Bernama) -- Agrobank terus komited memperkasakan golongan asnaf dan B40 melalui penyerahan geran iTEKAD berjumlah RM100,000 kepada 20 usahawan tani terpilih bagi melaksanakan projek penanaman nanas MD2 di Chuping dekat Padang Besar semalam.

B. Grimm Gesa Percepat Integrasi Tenaga ASEAN, Manfaat Hidro Laos Dan Solar Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) – Asas bagi integrasi tenaga ASEAN sudah lama dibentuk, namun tumpuan yang lebih jelas dan tindakan yang lebih pantas diperlukan bagi melonjakkan tenaga boleh baharu (TBB) ke tahap seterusnya dengan memanfaatkan kekuatan setiap negara anggota, kata B. Grimm Power Public Company Ltd.

Ringgit Cecah Paras 4.18 Didorong Jangkaan Tinggi Penurunan Kadar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit yang mencecah paras 4.18 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) merupakan tahap tertinggi dalam tempoh lebih enam minggu, dirangsang oleh jangkaan yang tinggi terhadap kitaran penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS dan prospek makroekonomi Malaysia yang kukuh.

Industri Lada Catat Kenaikan Harga Berterusan Tujuh Bulan Pertama 2025 - Chan

TAWAU, 12 Ogos (Bernama) -- Industri lada tempatan mencatatkan peningkatan harga yang berterusan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Kadar Faedah Diturunkan Pada September

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain hari ini berikutan pasaran yakin Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) September ini.

DOPPA Sambut Baik Peruntukan RM1.4 Bilion Untuk Penanaman Semula Sawit

KUCHING, 8 Ogos (Bernama) -- Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) berkata peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM1.4 bilion untuk penanaman semula pokok sawit di bawah Rancangan Malaysia ke -13 (RMK13) adalah langkah yang tepat bagi meremajakan ladang-ladang yang sudah tua terutamanya kepada pekebun-pekebun kecil bebas di negeri ini.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Kenyataan Kalangan Pegawai Fed

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pelabur memanfaatkan kelemahan dolar AS menjelang kenyataan kalangan pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) malam ini, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Rabu, disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah mempengaruhi dolar US dan mendorong pelabur untuk menilai semula sentimen pasaran, kata seorang ahli ekonomi.

Kenaikan Harga BTS Antara Punca Kadar Penanaman Semula Sawit Rendah Pada 2024 - Johari

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kenaikan harga buah tandan segar (BTS) merupakan antara punca utama yang menyumbang kepada kadar penanaman semula rendah pada 2024, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US pada Isnin susulan laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah, seterusnya mempengaruhi jangkaan pasaran terhadap Rizab Persektuan (Fed) AS.