BERITA TERKINI   Kes Zayn Rayyan : Mahkamah Sesyen PJ arah ibu, Ismanira bela diri | Mahkamah Sesyen PJ lepas dan bebas Zaim Ikhwan, bapa Zayn Rayyan daripada tuduhan abai kanak-kanak autistik itu | FELDA lantik semula Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi | PM Anwar tegaskan setiap dasar dilaksana kerajaan beri manfaat dan tidak bebankan majoriti rakyat - Fahmi | Parlimen: Akta Perkhidmatan Parlimen, Akta Majlis Media Malaysia antara 20 akta diperkenan Agong - Johari | 

Terdapat 218 berita berdasarkan kata kunci carian " kilang"

Kluang Coffee Powder Factory Sasar Perolehan RM31.5 Juta Bagi 2025

KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Pembuat serbuk kopi tempatan, Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd, menyasar untuk meraih perolehan RM31.5 juta pada 2025, meningkat lima peratus daripada RM30 juta tahun lepas, dengan dipacu permintaan kukuh daripada pelanggan di pasaran fizikal dan dalam talian.

Untung Bersih Guan Chong Naik Kepada RM429.2 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Guan Chong Bhd mencatatkan untung bersih yang lebih tinggi kepada RM429.18 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024) daripada RM100.93 juta pada tahun sebelumnya, yang sebahagiannya disebabkan harga jualan produk-produk koko yang lebih tinggi.

Dodol Makndak Sasar Buka Kilang Bagi Tingkatkan Pengeluaran Pada 2025

KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Dodol Makndak, sebuah perniagaan mikro yang diusahakan seorang usahawan wanita di Pontian, menyasarkan untuk membuka sebuah kilang mini tahun ini bagi meningkatkan pengeluaran.

KPK Rancang Bekerjasama Dengan ST, TNB Sepadukan RE Minyak Sawit Ke Grid Nasional

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) merancang untuk menjalin kerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) bagi memanfaatkan tenaga boleh baharu (RE) berasaskan minyak sawit dalam mengembangkan ketersambungan grid tenaga negara.

Sasaran Tanam Semula Sawit Masih Ketinggalan, Kerajaan Pertingkat Usaha - Johari 

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024, menyusut daripada 132,000 hektar (2.3 peratus) pada 2023.

Gamalux Berkembang Dengan Kilang Baharu, Sasar Teraju Tenaga Bersih

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Gamalux telah meraih kejayaan yang ketara melalui pembinaan kilang baharunya di Pulau Indah, yang sedang berjalan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang suku kedua 2025.

Paris Baguette Berkembang Di Malaysia Dengan Kilang Bakeri Halal Baharu

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Hab makanan baharu yang diperakui halal dan dibangunkan SPC Group di Johor mampu memainkan peranan penting dalam pengembangan global syarikat itu selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri makanan halal antarabangsa.

Perasmian Hab Halal Paris Baguette Tingkat Hubungan Ekonomi Malaysia-Korea Selatan

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Pembukaan kilang kedai roti halal Paris Baguette di Johor merupakan kemajuan yang signifikan dalam mengukuhkan hubungan ekonomi serta pelaburan antara Malaysia dan Korea Selatan, kata Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung Bae.

Malaysia Sasar Capai Sifar Eksport MSM, Tingkat Keluaran Produk Hiliran - Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berhasrat untuk memastikan Malaysia dapat mencapai sifar eksport minyak sawit mentah (MSM) pada masa depan melalui usaha memperbanyakkan pengeluaran produk hiliran.

RM643 Juta Diperlukan Bangun Infrastruktur Adunan Biodiesel B20 - Johari

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sejumlah RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 sebagai pengganti B10 dan memperluas penggunaannya ke seluruh negara.

PCG Catat Untung Bersih RM1.175 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut kepada RM1.175 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM1.696 bilion pada tahun sebelumnya.

EPMB & Firma China Bekerjasama Bagi Pengeluaran Tempatan Komponen Proton Saga MC3

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) memeterai perjanjian usahasama dengan firma berpangkalan di China, Sanly dan Jujin bagi pengeluaran komponen automotif utama Proton Saga MC3.