Terdapat 10348 berita berdasarkan kata kunci carian "malaysia"

Viasfood Lancar Dua Sos Pencicah Untuk Pasaran Tempatan, Antarabangsa

Oleh Zarul Effendi Razali

DUBAI, 19 Nov (Bernama) -- Viasfood Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan pengeluar makanan yang berpangkalan di Pahang memperkenalkan dua sos pencicah iaitu Sos Musang King dan Pes Sambal Hitam untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Callabio Manufacturing Jangka Peroleh Potensi Jualan Lebih RM50 Juta

Daripada Zarul Effendi Razali

DUBAI, 19 Nov (Bernama) -- Callabio Manufacturing Sdn Bhd, syarikat pengeluar sirap kopi (coffee-syrup) yang berpangkalan di Malaysia menjangkakan potensi jualan lebih RM50 juta menerusi Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) di pameran MIHAS@Dubai 2024.

TCS Group Raih Kontrak Bernilai RM611.30 Juta Untuk Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) --  Anak syarikat milik penuh TCS Group Holdings Bhd, TCS Construction Sdn Bhd (TCSC) meraih kontrak bernilai RM611.30 juta daripada Jabatan Kerja Raya Sabah bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1B.

Brazil Berpotensi Bagi Industri Semikonduktor Malaysia Kurangkan Risiko Rantaian Bekalan - Tengku Zafrul

Daripada M.Saraswathi

RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) --  Brazil, negara terbesar di Amerika Selatan, terletak dalam lokasi strategik langkah “Plus One” industri semikonduktor Malaysia bagi mengurangkan risiko terhadap daya tahan rantaian bekalan mereka.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Seiring Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan kekukuhan harga minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.

MIHAS@Dubai 2024 Mampu Lepasi Sasaran Awal Jualan Eksport RM1 Bilion - TPM Ahmad Zahid

Daripada Zarul Effendi Razali

DUBAI, 19 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin ekspo MIHAS@Dubai 2024 mampu melepasi sasaran awal RM1 bilion jualan eksport yang ditetapkan sebelum ini. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa didorong oleh dolar US lebih lemah yang meningkatkan permintaan terhadap emas.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, Nov 19 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)  di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Kerajaan Rancang Koridor Ekonomi Pelancongan Di Port Dickson

PORT DICKSON, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sembilan merancang untuk membangunkan koridor pelancongan dan perkhidmatan sebagai inisiatif strategik bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi khususnya di Port Dickson.

Bursa Malaysia Akhiri Kenaikan Awal Untuk Ditutup Tidak Menentu

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar As

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, pulih daripada penurunan semalam berikutan permintaan yang lemah untuk dolar AS, kata seorang penganalisis. 

Matrade Raih Prospek Perdagangan Bernilai Lebih RM300 Juta Di CIIE Shanghai

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) meraih prospek perdagangan bernilai lebih RM300 juta di Ekspo Import Antarabangsa China Ketujuh (CIIE) di Shanghai, melebihi sasaran asal sebanyak RM160 juta.