Terdapat 12036 berita berdasarkan kata kunci carian "malaysia"

Strategi Kepercayaan Digital, Keselamatan Data Dijangka Dibentang Pada Suku Ketiga 2026 - Gobind

PETALING JAYA, 21 Mei (Bernama) -- Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data 2026-2030 dijangka dibentangkan secara bersama pada suku ketiga tahun, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Sistem Pengurusan Sisa Maritim Lebih Ketat, Lindungi Selat Melaka Daripada Pencemaran

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ketua sebuah firma perunding pengurusan sisa memberi amaran bahawa Malaysia haus menguatkuasakan sistem pengurusan sisa maritim yang lebih ketat bagi melindungi Selat Melaka daripada pencemaran alam sekitar, memandangkan trafik perkapalan dijangka meningkat dengan ketara melintasi laluan tersebut.

Tenaga Kini Jadi Pemacu Penting Pertumbuhan Ekosistem AI, Pusat Data - TNB

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Tenaga bukan lagi sekadar membekalkan elektrik kepada kediaman, malah menjadi pemacu penting kepada pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serta perkembangan pesat pengkomputeran, pusat data, pembuatan termaju dan mobiliti elektrik.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street berikutan sentimen positif selepas Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa perang dengan Iran mungkin akan berakhir tidak lama lagi. 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini. 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Ketegangan Di Asia Barat Mereda

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh ketegangan geopolitik yang mereda di Asia Barat.

MAG Jangka Harga Bahan Api Pesawat Berada Pada US$120-US$130 Setong Dalam Tempoh Setahun Akan Datang

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menjangka harga bahan api pesawat akan berada antara US$120 dan US$130 setong dalam tempoh setahun akan datang berdasarkan petunjuk semasa daripada pasaran hadapan apabila syarikat penerbangan terus berdepan ketegangan geopolitik dan gangguan bekalan bahan api yang menjejaskan industri penerbangan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Selepas Indonesia Perkenal Dasar Kawalan Eksport

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada hari Rabu, sebahagian besarnya disebabkan pengesahan dasar kawalan eksport Indonesia, menurut Editor Pengurusan dan Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa.

Malaysia Perkukuh Kepakaran Industri Rel Melalui PLKI-ECRL Di China

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

LIUZHOU (China), 20 Mei (Bernama) -- Program Latihan Kemahiran Industri Projek Laluan Rel Pantai Timur (PLKI–ECRL) yang dijalankan di Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC), di sini membantu Malaysia menyediakan tenaga kerja mahir dalam industri rel. 

Program Latihan Kemahiran Ecrl Di China Lahir 66 Profesional Sistem Rel

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

LIUZHOU (China), 20 Mei (Bernama) -- Sebanyak 66 pelatih Malaysia berjaya menamatkan program di Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC) pada Selasa dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Kohort Pertama Program Latihan Kemahiran Industri Projek Laluan Rel Pantai Timur (PLKI–ECRL) bagi Latihan Operasi dan Penyelenggaraan (O&M).

TM Terus Beri Kerjasama Penuh Kepada DOJ AS Berhubung Bekas Pekerja TM USA

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) akan terus memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berhubung bekas pekerja TM USA Inc. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi kelemahan dalam pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).