BERITA TERKINI   Tiga kanak-kanak ditemukan lemas di kolam kumbahan berhampiran sebuah flat di Sibu Jaya, Sibu petang tadi - Bomba | Pengimportan sisa elektronik (e-waste) akan diklasifikasikan di bawah kategori Larangan Mutlak - Azam Baki | Jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memperkukuh penyelarasan, penguatkuasaan berkaitan e-waste - KP SPRM | Kerajaan akan meneliti kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) ke Malaysia bagi melindungi ekosistem automotif negara - Johari | Menara Merdeka 118 dilancarkan secara rasmi sebagai MD Nexus pertama di Malaysia - Gobind | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa didorong oleh dolar US lebih lemah yang meningkatkan permintaan terhadap emas.

Kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia Derivatives bagi bulan semerta November 2024 meningkat kepada US$2,636.30 setiap troy auns daripada US$2,597.70 setiap troy auns semalam.

Kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 masing-masing menokok kepada US$2,649.30 setiap troy auns daripada US$2,611.10 sebelumnya.

Jumlah dagangan naik 10 lot daripada satu semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 34 kontrak daripada 26 kontrak sebelum itu.

Menurut Persatuan Pasaran Jongkong Emas London (LBMA) bagi penetapan selepas tengah hari pada 18 November, harga fizikal emas pada US$2,606.85 setiap troy auns.

-- BERNAMA