1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa ketika pelabur beralih kepada aset lebih selamat selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan tarif ke atas Kanada, Mexico dan China.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini dalam persekitaran peniaga menunggu maklumat lanjut mengenai pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin apabila permintaan meningkat semula di tengah-tengah ketidaktentuan dalam ekonomi global, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pada tengah hari, susulan petunjuk positif daripada prestasi Wall Street pada Jumaat lalu ketika pelabur mengabaikan kebimbangan terhadap ketegangan yang meningkat antara Ukraine dan Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan Wall Street pada Jumaat lepas berikutan pelabur tidak mengambil kira kebimbangan mengenai ketegangan yang meningkat antara Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serta petunjuk ekonomi AS yang lembap.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu minggu depan selepas menerima penunjuk bercampur-campur dari pasaran serantau dan kebimbangan terhadap kekangan bekalan, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Ringgit terus meningkat, mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu berbanding dolar AS berikutan keyakinan meningkat bahawa pentadbiran baharu di bawah Donald Trump akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar dan secara berperingkat dalam melaksanakan tarif import lebih tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi lagi pada Rabu disebabkan ketidaktentuan yang semakin meningkat susulan pengumuman tarif terkini oleh Donald Trump.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang minit mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) bagi Januari.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) dan kenaikan bon Perbendaharaan negara maju itu, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup tinggi, dipacu oleh permintaan terhadap aset selamat di tengah-tengah kebimbangan mengenai rundingan damai Rusia-Ukraine.