BERITA TERKINI   Kira-kira 60 peratus kawasan penyimpanan lori dan minyak enjin lori di Taman Kota Puteri musnah terbakar, tiada mangsa terlibat - Bomba Johor | Malaysia akan perluas pasaran minyak sawit ke negara yang belum pernah jadi pembeli - Johari | Pemeriksaan kesihatan sebahagian komitmen PM untuk pastikan beliau kekal cergas terajui pentadbiran negara - Pengarah Hospital Serdang | PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan tahunan, kesihatan berada dalam keadaan sangat baik - Pengarah Hospital Serdang | Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Labuan sehingga 5 petang ini - MetMalaysia | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup tinggi, dipacu oleh permintaan terhadap aset selamat di tengah-tengah kebimbangan mengenai rundingan damai Rusia-Ukraine.

Diplomat tertinggi Amerika Syarikat (AS) dan Rusia dilaporkan mengadakan pertemuan di Arab Saudi untuk membincangkan mengenai kemungkinan untuk menghentikan peperangan di Ukraine.

Menurut Anadolu Ajansi, agensi berita berpangkalan di Turkiye, perjumpaan berkenaan adalah susulan panggilan telefon yang dibuat pada minggu lepas oleh Presiden AS Donald Trump dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dalam usaha untuk menamatkan peperangan yang telah berlangsung selama tiga tahun.

Pemimpin daripada beberapa negara Eropah utama berkumpul di Paris pada Isnin atas jemputan Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk membincangkan mengenai hubungan rentas Atlantik di Ukraine, situasi di Ukraine, kemungkinan rundingan damai, dan keselamatan di Eropah.

Hubungan AS-Eropah bertambah tegang bulan ini selepas Trump memulakan perbincangan langsung dengan Putin mengenai rundingan damai Ukraine tanpa pembabitan Eropah.

Di dalam negara, kontrak bulan semerta Februari 2025 meningkat kepada US$2,911.10 setiap auns troy daripada US$2,903.90 pada Isnin manakala kontrak Mac 2025 menambah kepada US$2,918.20 daripada US$2,911.00 setiap auns troy.

Kontrak April, Mei dan Jun 2025 meningkat kepada US$2,925.40 setiap auns troy daripada US$2,916.50 pada Isnin.

  Bagaimanapun jumlah dagangan kekal rendah kepada 37 lot daripada 50 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menambah kepada 103 kontrak daripada 74.  

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 17 Februari, harga emas fizikal berada pada US$2,900.50 setiap auns troy.

-- BERNAMA