7bulan ago
JOHOR BAHRU, 26 Jun (Bernama) -- OCBC Group melihat potensi Johor sebagai sebuah hab pelaburan dan perdagangan strategik yang menghubungkan ASEAN dan China, sekali gus bersedia memperluas peranannya dalam menyokong pertumbuhan pelbagai sektor utama di negeri ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Hampir satu pertiga daripada semua pengguna mudah alih atau kira-kira 2.9 bilion orang, dijangka menggunakan teknologi selular tanpa wayar generasi kelima (5G) menjelang akhir 2025, kata syarikat teknologi dan telekomunikasi Ericsson.
7bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Dalam era pendigitalan ketika ini ejen insurans perlu meningkatkan kecekapan digitalnya, bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan memanfaatkan platform komunikasi dalam talian untuk mengharungi cabaran yang muncul serta beralih daripada tradisi berinteraksi secara bersemuka.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu mempercepat pembangunan jaguh tempatan dalam industri semikonduktor dan mengukuhkan rantaian nilainya untuk kekal berdaya saing di peringkat global, kata Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pavilion Kecemerlangan Taiwan acara Taiwan Expo 2025 menjadi platform menghubungkan inovasi utama negara itu dengan bidang pertumbuhan utama Malaysia, khususnya dalam usaha transformasi digital dan industri hijau.
7bulan ago
KUCHING, 23 Jun (Bernama) -- Affin Bank Bhd berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi pemangkin pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak dengan menawarkan pembiayaan bersasar, sokongan transformasi digital dan pembinaan kapasiti bukan kewangan yang sejajar dengan sektor-sektor ekonomi strategik negeri itu.
7bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Aleph, firma pengiklanan digital global menjenamakan semula entitinya di Asia Pasifik (APAC) iaitu MediaDonuts sebagai Aleph untuk pasaran Malaysia dan di tujuh pasaran utama lain di rantau ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Theta Edge Bhd dan Agmo Holdings Bhd telah membentuk syarikat usaha sama (JVCO) untuk mempercepatkan pengkomersialan teknologi gangguan, termasuk kecerdasan buatan (AI) dengan tumpuan awal bagi memacu transformasi di sektor awam.
7bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Jun -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Johor untuk menjadi hab digital Asia melalui pelbagai inisiatif strategik dan kerjasama antara agensi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu menyesuaikan dasarnya, mempunyai institusi kukuh dan mengekalkan hala tuju jelas untuk mencapai matlamat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) menyasarkan sebanyak 30 syarikat daripada lima sektor utama menyertai program Retail-X 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd mengumumkan peranannya sebagai penyelaras bersama, pengatur utama yang dimandatkan, penaja jamin dan penyelaras bersama dalam salah satu transaksi pembiayaan pusat data terbesar di Asia Tenggara.