5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd diiktiraf sebagai satu daripada 50 Syarikat Senaraian Awam (PLC) terbaik di ASEAN dan antara lima PLC terbaik di Malaysia pada Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN yang diadakan semalam.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memastikan pelaksanaan tokenisasi dan aset digital bersifat inklusif.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Sektor pusat data Malaysia yang berkembang pesat kini memasuki fasa penyatuan iaitu satu perkembangan semula jadi yang turut diperhatikan di pasaran yang lebih matang, kata firma hartanah komersial global, JLL.
6bulan ago
KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen akhir sebanyak 3.0 sen seunit bagi tahun kewangan 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- MBSB Group secara rasmi menjenamakan semula MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MAIB) kepada MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB), berkuat kuasa 10 Julai 2025.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pembelian saham perbankan ketika saat-saat akhir dagangan mendorong Bursa Malaysia ditutup di paras tertinggi harian pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.48 peratus, sejajar dengan sentimen serantau yang bertambah baik.
6bulan ago
GEORGE TOWN, 8 Julai (Bernama) -- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) hari ini melancarkan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) atau Program Sukuk pertamanya bernilai RM5 bilion bagi menyokong pembangunan infrastruktur air kritikal dan keselamatan air jangka panjang di Pulau Pinang.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Universiti Durham menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama dalam pembinaan kapasiti, perkongsian pengetahuan, dan inisiatif bersama dalam bidang kewangan Islam dan pasaran modal Islam (ICM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd melancarkan waran berstruktur baharu di Bursa Malaysia hari ini, menawarkan akses langsung kepada pelabur Malaysia untuk ke pasaran global melalui pendedahan kepada dua penanda aras ekuiti utama Hang Seng di Hong Kong.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerbitkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan penambahbaikan terhadap rangka kerja kawal selianya untuk pertukaran aset digital (DAX).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM423 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.
6bulan ago
KUANTAN, 20 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menambah sebanyak 59 nama baharu ke dalam Senarai Amaran Pelabur bagi suku pertama tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras aktiviti penipuan pelaburan yang semakin berleluasa.