Terdapat 211 berita berdasarkan kata kunci carian "mohd shahar"

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, seiring dengan prestasi niaga hadapan getah serantau dan harga minyak yang stabil dalam kebimbangan mengenai bekalan disebabkan musim hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Dijangka Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menamatkan penurunan pada sesi sebelumnya berikutan pasaran menjangka pengeluaran meningkat dengan kadar lebih perlahan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh aktiviti pembuatan global yang lemah dan kebimbangan mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) tanpa kehadiran pemain pasaran China, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Ringgit

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, terjejas susulan pengukuhan ringgit yang mungkin mengurangkan permintaan minyak sawit Malaysia dalam masa terdekat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki harga minyak kacang soya yang melemah.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Prestasi Bercampur-campur Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aliran bercampur-campur pasaran hadapan serantau, kata peniaga.

AS Setuju Pertimbang Tarif Sifar Ke Atas Beberapa Produk

Oleh Nor Baizura Basri & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk mempertimbangkan tarif berkadar sifar ke atas beberapa produk komoditi yang tidak dihasilkan di negara itu termasuk minyak sawit dan koko, yang dijangka dimuktamadkan pada Oktober ini.

Perdagangan Dua Hala ASEAN-Jepun Capai US$236.4 Bilion Pada 2024

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Jepun kekal sebagai satu daripada rakan dagang dan pelabur terbesar ASEAN dengan jumlah perdagangan dua hala mencapai US$236.4 bilion (US$1 = RM4.2) pada tahun lepas, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perjanjian Perdagangan Utama ASEAN Akan Tingkatkan Perdagangan Intrarantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perjanjian perdagangan utama seperti Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dan perjanjian lain yang dinaik taraf dijangka dapat meningkatkan perdagangan intrarantau.

ASEAN, CPTPP Akan Berdialog Pada November, Teroka Peluang Kerjasama

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- ASEAN, dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan mengadakan dialog rasmi pada 20 Nov 2025 bagi meneroka bidang kerjasama berpotensi.

Majlis Rantaian Bekalan ASEAN Ditubuh Bagi Perkukuh Kerjasama Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Majlis Penyelarasan Rantaian Bekalan ASEAN (ASCCC) yang ditubuhkan hari ini di bawah Rangkaian Pembuatan ASEAN bermatlamat memperkukuh kerjasama serantau merentasi pelbagai industri bagi meningkatkan kecekapan serta ketahanan rantaian bekalan.

ASEAN Akan Bekerjasama Rapat Dengan ASEAN-BAC Pacu Kemajuan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Negara Anggota ASEAN (AMS) berharap untuk bekerjasama rapat dengan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) bagi memastikan dasar kekal relevan, memudahkan dan sejajar dengan realiti perniagaan bagi kemajuan rantau ini.