BERITA TERKINI   Perkhidmatan tren LRT antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum alami gangguan bekalan kuasa, kerja baik pulih sedang dijalankan - RapidKL | PKS perlu terima pakai teknologi baru muncul seperti AI, robotik dan automasi, pengkomputeran kuantum, IoT dan Gen-AI untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam rantaian bekalan global - Tengku Zafrul | Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025, tambah baik proses pengeluaran, pembaharuan lesen perniagaan agensi persendirian | Polis jangka sebanyak 2.1 juta kenderaan akan berada di atas jalan raya sempena cuti Deepavali bermula 18 Okt ini - Pengarah JSPT Bukit Aman | Ops Lancar sempena sambutan Deepavali akan dilaksanakan bermula 17 hingga 21 Okt - Pengarah JSPT Bukit Aman | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh aktiviti pembuatan global yang lemah dan kebimbangan mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) tanpa kehadiran pemain pasaran China, kata seorang peniaga.

Sentimen pasaran mengalami tekanan sekali lagi susulan penurunan harga niaga hadapan getah serantau.

“Bagaimanapun, kerugian dihadkan oleh gangguan bekalan akibat hujan yang berterusan di negara pengeluar getah, penurunan dalam stok getah China dan langkah terbaharu bank pusat China untuk menyokong ekonominya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata aktiviti kilang berkurangan di kebanyakan ekonomi utama Asia pada September dengan tanda-tanda kelembapan dalam pertumbuhan AS dan jangkaan impak tarif Presiden Donald Trump serta permintaan China yang lemah.

Pada 6.10 petang, minyak mentah Brent susut 0.98 peratus kepada AS$65.44 setong.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (SMR 20) turun 10.0 sen kepada 720.0 sen sekilogram manakala harga lateks secara pukal merosot 5.0 sen kepada 574.0 sen sekilogram.

Selain itu, beliau berkata pasaran getah Shanghai akan ditutup dari 1 hingga 8 Oktober, 2025 sempena cuti Hari Kebangsaan China.

-- BERNAMA