BERITA TERKINI   Bantuan Wang Ihsan akan disalurkan ketika mangsa banjir masih berada di PPS - TPM Ahmad Zahid | Cadangan naikkan jumlah Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa bencana akan dibawa ke mesyuarat Kabinet - TPM Ahmad Zahid | Sukan SEA 2025: Malaysia capai sasaran pingat ke-200 dengan raih emas acara berbasikal trek kejar-mengejar berpasukan lelaki | Sukan SEA 2025: Pelumba basikal trek negara Nur Aisyah Mohamad Zubir raih pingat emas acara scratch wanita | Sukan SEA 2025: Pelumba basikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom rangkul pingat emas acara keirin lelaki | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki harga minyak kacang soya yang melemah.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen ditekan oleh penyusutan harga, melalui jangkaan saham MSM yang lebih rendah pada minggu-minggu akan datang membantu mengehadkan kerugian.

“Kami melihat harga komoditi itu pada paras sokongan melebihi RM4,350 dengan paras rintangan pada RM4,450,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Oktober 2025 merosot RM2 kepada RM4,319 setan, November berkurang RM12 kepada RM4,355 dan Disember susut RM11 kepada RM4,385.

Kontrak Januari 2026 turun RM10 kepada RM4,410 setan, manakala Februari berkurang RM4 kepada RM4,416 dan Mac susut RM8 kepada RM4,400.

Jumlah dagangan menyusut kepada 52,120 lot daripada 72,074 pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 254,348 kontrak daripada 250,893.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan merosot RM10 kepada RM4,350 setan. 

-- BERNAMA