BERITA TERKINI   Ringgit ditutup mengukuh, mencecah paras 4.10 berbanding dolar AS, tertinggi dalam tempoh empat tahun setengah | Sukan SEA 2025: Gimnas negara Rachel Yeoh Li Wen menang emas acara palang bertingkat wanita | Malaysia-Thailand komited perkukuh kerjasama dalam kesiapsiagaan dan tindak balas bencana rentas sempadan - TPM Ahmad Zahid | Operasi perkhidmatan komuter Kulai-JB dijangka bermula pada suku pertama tahun hadapan - Loke | Maklum balas setiap kerajaan negeri diambil kira dalam merangka belanjawan negara, RMK agar bersesuaian - PM Anwar | 

Terdapat 76 berita berdasarkan kata kunci carian "aliran dana"

Belian Bersih Dalam Ekuiti Domestik Oleh Institusi Tempatan Naik Kepada RM194.2 Juta - MIDF

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas berbanding belian bersih sebanyak RM77.9 juta pada minggu berakhir 14 Februari.

Belian Bersih RM77.9 Juta, Institusi Tempatan Pemacu Bursa Bagi Minggu Ke-17 - MIDF

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus menjadi pemacu Bursa Malaysia bagi minggu ke-17 berturut-turut pada minggu lepas dengan mencatat belian bersih ekuiti domestik berjumlah RM77.9 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Teruskan Prestasi Positif

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis meneruskan prestasi positifnya dengan aktiviti belian diterajui kaunter produk perindustrian dan pembinaan, kata penganalisis.

Institusi Tempatan Terus Sokong Bursa Malaysia Bagi Minggu Ke-15 - MIDF

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Institusi Tempatan Sokong Bursa Malaysia Untuk Minggu Ke-14

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan sokongan mereka kepada Bursa Malaysia untuk minggu ke-14 berturut-turut, mencatatkan belian bersih sebanyak RM551.6 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

BNM Kekalkan Kadar Dasar Semalaman Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat pada Rabu.

Malaysia Dalam Kedudukan Tepat Kemudi Cabaran Luar Pada 2025 - Wahid Omar

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dalam kedudukan tepat untuk mengemudi cabaran luar pada tahun ini susulan dasar pentadbiran Presiden Donald Trump 2.0 selain mencapai pertumbuhan mampan dengan mengekalkan persekitaran dasar yang stabil serta memanfaatkan sektor pertumbuhan utama.

Institusi Tempatan Kekal Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia Bagi Minggu Ke-13

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kalangan institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu ke-13 berturut-turut dengan pembelian sebanyak RM797.8 juta, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Institusi Tempatan Sokong Bursa Malaysia Untuk Minggu Ke-12 Berturut-Turut

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan menyokong Bursa Malaysia untuk minggu ke-12 berturut-turut, dengan belian bersih sebanyak RM281.9 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF). 

Institusi Tempatan Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia Bagi Minggu Ke-11

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan menyokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-11 berturut-turut dengan jumlah belian bersih ekuiti domestik bernilai RM304.0 juta.

Ringgit Akhiri 2024 Catat Prestasi Terbaik Dalam Kalangan Mata Wang Utama Asia

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Institusi Tempatan Terus Beri Sokongan Kepada Bursa Malaysia Untuk Minggu Ke-10 Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan terus memberikan sokongan kepada Bursa Malaysia untuk minggu ke-10 berturut-turut, dengan belian bersih ekuiti domestik berjumlah RM416.9 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).