BERITA TERKINI   RM254 juta diperuntukkan bagi program pembangunan koperasi tahun ini, tertinggi sejak penubuhan gerakan koperasi pada 1922 - Steven Sim. | Ladang Solar KLIA dijangka kurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 35,000 tan setahun - Fadillah | Inisiatif Ladang Solar KLIA sokong sasaran Malaysia capai 70 peratus penggunaan tenaga boleh baharu menjelang 2050 - Fadillah | Pelancaran Ladang Solar dan sistem penstoran tenaga (BESS) sokong operasi KLIA sebagai infrastruktur pengangkutan kritikal negara - TPM Fadillah | Dua PPS tempatkan mangsa kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang ditutup hari ini - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi | 

Belian Bersih RM77.9 Juta, Institusi Tempatan Pemacu Bursa Bagi Minggu Ke-17 - MIDF

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus menjadi pemacu Bursa Malaysia bagi minggu ke-17 berturut-turut pada minggu lepas dengan mencatat belian bersih ekuiti domestik berjumlah RM77.9 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Jumlah itu lebih rendah daripada belian bersih pada minggu sebelumnya sebanyak RM194.2 juta.

Dalam Laporan Aliran Dana bagi minggu berakhir 14 Feb, 2025, MIDF berkata institusi tempatan melakukan belian bersih bagi dua daripada lima hari dagangan pada minggu lepas dengan aliran masuk bersih pada Khamis dan Jumaat masing-masing berjumlah RM110.5 juta dan RM70.8 juta.

Pelabur runcit tempatan beralih kepada jualan bersih minggu lepas di Bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih dalam ekuiti mencatat RM125.3 juta yang merupakan lima minggu belian bersih setakat 2025.

“Purata jumlah dagangan harian (ADTV) secara menyeluruh pula meningkat dan merentasi papan dagangan pada minggu lepas.

 “Jumlah pelabur asing meningkat 9.5 peratus manakala institusi tempatan dan peruncit tempatan turut mencatat kenaikan masing-masing sebanyak 9.9 peratus dan 7.0 peratus," katanya.

MIDF berkata pelabur asing meneruskan aktiviti jualan mereka di Bursa Malaysia bagi minggu ke-17 dengan aliran keluar dana berjumlah RM203.2 juta.

Kelompok pelabur asing juga menjadi penjual bersih pada Khamis dan Jumaat dengan angka pada Khamis mencatat aliran keluar tertinggi sebanyak RM132.3 juta.

Pada Isnin dan Rabu menyaksikan aliran masuk dana masing-masing RM24.6 juta dan RM14.3 juta.

“Tiga sektor utama dengan aliran masuk bersih asing adalah masing-masing pembinaan sebanyak RM64.9 juta, produk dan perkhidmatan pengguna (RM38.4 juta) serta perkhidmatan kewangan (RM17.3 juta).

“Sebaliknya, tiga sektor utama yang mencatat aliran keluar bersih asing tertinggi ialah utiliti (RM151.1 juta), tenaga (RM103.1 juta) dan penjagaan kesihatan (RM69.9 juta),” kata bank pelaburan itu.

-- BERNAMA