BERITA TERKINI   Polis ambil keterangan beberapa pegawai tentera susulan penyebaran maklumat berkaitan perjawatan strategik ATM - Mohamed Khaled | Pembekuan perolehan ATM: MINDEF akan buat perundingan jika operasi terjejas - Mohamed Khaled | Pelaksanaan sistem audit dengan baik dapat mengelak ketirisan, kecelaruan dan penyalahgunaan kuasa - PM Anwar | Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun untuk penggunaan media sosial dijangka dikuat kuasa seawal Julai - Teo | JAN harus berani ambil langkah baharu dalam pelaksanaan audit agar hasil lebih cepat, tepat dan berimpak - PM Anwar | 

Terdapat 6457 berita berdasarkan kata kunci carian " syarikat"

Pasaran Getah Pulih Disokong Kenaikan Serantau

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri kerugian baru-baru ini dengan ditutup tinggi pada Rabu, disokong peningkatan niaga hadapan getah serantau dan penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

MOSTI Teraju Inisiatif AI Teknologi Pintar Bagi Daya Saing Industri

IPOH, 21 Jan  (Bernama) -- Malaysia sedang mengalami transformasi secara mendalam untuk mempercepat penerimagunaan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI), sistem pintar, automasi dan penyelesaian cekap tenaga merentasi sektor, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Harga MSM Kekal Dalam Julat Kecil RM4,000 Hingga RM4,300 Satu Tan Pada Februari - MPOC

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan kekal dalam julat kecil antara RM4,000 satu tan hingga RM4,300 satu tan pada Februari berikutan paras stok dan penyusutan pengeluaran secara bermusim, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Kee Ming Group Sasar Kumpul RM31.50 Juta IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) - Kee Ming Group Bhd menyasar mengumpulkan RM31.50 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO) menjelang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 12 Februari, 2026.

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, Ambest Sasar Raih RM27.50 Juta Daripada IPO

PETALING JAYA, 21 Jan (Bernama) -- Ambest Group Bhd, penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan yang mengkhusus dalam pemesinan ketepatan, menyasarkan untuk mengumpul kira-kira RM27.50 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 6 Feb, 2026.

Perbincangan Berhubung ART Akan Diadakan Sebelum Ratifikasi - Johari

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk pembangkang berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) akan diadakan sebelum perjanjian itu diratifikasi secara muktamad.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Dipengaruhi Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki prestasi lemah semalaman di Wall Street, susulan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat berkenaan dengan pengambilalihan Greenland yang menjejaskan sentimen pelabur.

MMC Ports Sasar Penyatuan Digital, Ketahanan Operasi Sepanjang 2026

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) – MMC Ports Holdings Bhd, pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia dan pengurus hab pemindahan kargo utama akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan naik taraf infrastruktur yang disasarkan serta program penambahbaikan peralatan pada 2026.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Rabu, disokong oleh permintaan sederhana memandangkan kalangan pelabur kekal berhati-hati dan memantau perkembangan ekonomi semasa.

IMF Tingkat Unjuran Pertumbuhan KDNK Sebenar Malaysia Kepada 4.3 Peratus Untuk 2026, 2027

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.3 peratus untuk 2026 dan 2027, mewakili semakan menaik sebanyak 0.3 mata peratusan.

Tadbir Urus Korporat Yang Kukuh Kunci Kepada Keyakinan Pelabur Dan Kestabilan -- Fadillah

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Tadbir urus korporat yang kukuh yang berpaksikan kepada kepercayaan dan akauntabiliti adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur serta kestabilan pasaran modal Malaysia di tengah-tengah peningkatan ketidaktentuan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Niaga Hadapan Emas Terus Momentum Kenaikan Susulan Lonjakan Ketegangan Geopolitik

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum kenaikan pada Selasa untuk ditutup lebih tinggi apabila sentimen pasaran semakin disokong oleh peningkatan ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan Kesatuan Eropah (EU).