7hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- AmBank menjangkakan ringgit diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026, sebelum menghampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong oleh prospek ekonomi Malaysia yang positif.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Malaysia Airports terus memperluas akses udara antarabangsa menerusi perkhidmatan penerbangan baharu yang menghubungkan bandar-bandar utama di China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tawau, selaras dengan usaha menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
8hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup lebih tinggi pada Rabu, didorong oleh jangkaan pengeluaran yang lebih lemah, kata seorang peniaga.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri kerugian baru-baru ini dengan ditutup tinggi pada Rabu, disokong peningkatan niaga hadapan getah serantau dan penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
9hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, selepas disokong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Tadbir urus korporat yang kukuh yang berpaksikan kepada kepercayaan dan akauntabiliti adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur serta kestabilan pasaran modal Malaysia di tengah-tengah peningkatan ketidaktentuan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Maybank merancang memperkenalkan aplikasi perbankan runcit baharu untuk menggantikan aplikasi MAE sedia ada, sebagai sebahagian daripada pelaburan dalam teknologi yang lebih luas bagi meningkatkan keupayaan digital dan memperkukuh penglibatan pelanggan di seluruh rantau ini.
9hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kelembapan dalam pasaran minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), menurut seorang peniaga.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menukar jawatan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Benyamin Ismail kepada pengurus besar berkuat kuasa hari ini sebagai sebahagian daripada penstrukturan perniagaan penerbangan AirAsia Group di bawah AAX.