BERITA TERKINI   ACLE: Sanfrecce Hiroshima 1-0 JDT. JDT mara ke suku akhir secara agregat 3-2 | Penerima bantuan tunai BUDI Diesel dinaikkan kepada RM300 sebulan bagi tempoh interim - Kementerian Kewangan | Kerajaan MADANI kekalkan harga RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter walaupun harga pam petrol RON95, diesel meningkat - Kementerian Kewangan | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata ancaman tarif AS yang berterusan, harga minyak mentah yang rendah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS telah menjejaskan sentimen pasaran.

Pada masa ini, mata wang tempatan hampir mendatar pada 4.0520/0565 berbanding dolar AS daripada 4.0520/0570 semasa ditutup pada Isnin.

Sementara itu, harga minyak mentah Brent merosot 0.25 peratus kepada US$63.78 setong.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah yang berkurangan di negara-negara pengeluar utama getah asli berikutan cuaca lembap yang berterusan, langkah-langkah rangsangan China dan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global yang positif,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 6.5 sen sekilogram kepada 741.5 sen manakala susu getah pukal berkurangan 1.0 sen sekilogram kepada 575.00 sen.

-- BERNAMA