Terdapat 966 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar faedah"

Ringgit Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan, Sasar Lepasi Semula Paras 4.00

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berikutan pelabur kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk melepasi semula paras 4.00 minggu depan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) --  Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan pemulihan daripada penurunan semalam untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih tinggi.

Ringgit Cecah 3.99 Berbanding Dolar AS, Paling Kukuh Dalam Tempoh Lebih Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada pukul 2.27 petang hari ini.

Ringgit Dibuka Hampiri Paras Tertinggi Lima Tahun Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, selepas Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 - AmBank

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- AmBank menjangkakan ringgit diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026, sebelum menghampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong oleh prospek ekonomi Malaysia yang positif.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Susulan Tindakan Trump Batal Ancaman Tarif Ke Atas EU

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih positif susulan peningkatan semula Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menarik balik ancamannya untuk menaikkan tarif ke atas beberapa ekonomi Kesatuan Eropah (EU) bagi isu membabitkan Greenland.

Terbitan Bon Korporat Malaysia Dijangka Cecah RM130-140 Bilion Pada 2026 – RAM Ratings

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Penerbitan bon korporat Malaysia diunjurkan mencecah antara RM130 bilion dan RM140 bilion pada 2026, kekal melebihi purata dalam sejarah RM122 bilion, kata RAM Ratings. 

Ekonomi Global Kekal Tumbuh Walaupun Berdepan Cabaran Pada 2026 -- Standard Chartered

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka kekal stabil pada tahun ini walaupun berdepan ketidaktentuan susulan risiko geopolitik yang ketara, ketiadaan aktiviti penghantaran awal serta peralihan dinamik inflasi di serata negara utama ekonomi.

AHAM Capital Agih Pendapatan RM1.39 Bilion Merangkumi 84 Dana Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak RM1.39 bilion bagi tahun kewangan 2025 merangkumi 84 dana borong dan runcit.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.0-4.20 Tahun Ini - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) --Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran 4.0-4.20 berbanding dolar AS tahun ini, disokong oleh struktur akaun luaran Malaysia yang bertambah baik walaupun peningkatannya masih dikekang oleh aliran keluar portfolio global dan dolar yang lebih kukuh.

Ekonomi Malaysia 2026 Kekal Berdaya Tahan Dipacu FDI, Pelaburan Infrastruktur Yang Kukuh -- HSBC

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan pelaburan infrastruktur yang kukuh, kata Ketua Ekonomi Asia HSBC Frederic Neumann.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Sederhana Dan Kecil Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran sederhana dan kecil minggu depan, kata seorang ahli ekonomi.