BERITA TERKINI   Cadangan Bekerja Dari Rumah sektor awam diteliti, mungkin dibincang dalam Kabinet esok - Fahmi | Unit MN Holdings raih kontrak projek pencawang pusat data bernilai RM216 juta di selatan Semenanjung Malaysia | Jumlah rizab LTAT meningkat 29.1 peratus tahun ke tahun kepada RM1.31 bilion berbanding RM1.01 bilion pada tahun kewangan 2024 | LTAT catat RM749.49 juta dalam pendapatan pelaburan bagi tahun kewangan 2025, keuntungan boleh agih berjumlah RM541.56 juta. | LTAT isytihar dividen 5.35 peratus, RM524.74 juta bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun | 

Ringgit Cecah 3.99 Berbanding Dolar AS, Paling Kukuh Dalam Tempoh Lebih Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada pukul 2.27 petang hari ini.

Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9992 berbanding dolar AS, paras paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Kali terakhir ringgit berada pada paras ini adalah pada 18 Jun, 2018 yang mencecah 3.9960/9990.

Sebelum ini, kalangan ahli ekonomi mengunjurkan ringgit diniagakan dalam julat itu pada separuh pertama 2026, sebelum seterusnya mengukuh ke arah 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong prospek ekonomi Malaysia yang positif.

Mereka berkata kemungkinan itu juga didorong oleh jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS serta isu lain yang bertumpuan AS dan akan terus melemahkan dolar AS.

-- BERNAMA