BERITA TERKINI   Laporan semakan insiden letupan saluran gas di Putra Heights diserah kepada Kerajaan Persekutuan bulan lepas - MB Selangor | PM jamin kontraktor kecil berprestasi baik akan diberi lebih banyak kontrak untuk berkembang | Peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan dinaikkan daripada RM400 juta kepada RM900 juta - PM Anwar | Guru jadi pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | BN umum tanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang - Onn Hafiz | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) --  Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan pemulihan daripada penurunan semalam untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih tinggi.

Ia berlaku apabila sentimen pasaran bertambah baik di tengah-tengah dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, susulan ancaman terhadap kebebasan Rizab Persekutuan (Fed) AS. 

Seorang peniaga berkata jongkong emas juga memperoleh momentum apabila pelonggaran risiko geopolitik meningkatkan permintaan untuk aset selamat. 

Menurut laporan, pelabur sedang menunggu keputusan Presiden AS Donald Trump mengenai Pengerusi Rizab Persekutuan seterusnya yang bakal menggantikan Jerome Powell.

Keputusan itu boleh meningkatkan jangkaan mengenai penurunan kadar faedah selanjutnya tahun ini, yang mungkin menyokong harga logam berharga. 

Pada penutup, kontrak semerta bulan Januari 2026 meningkat kepada US$4,914.80 setiap auns troy daripada US$4,835.90 setiap auns troy pada Khamis, Februari 2026 mengukuh kepada US$4,928.00 setiap auns troy daripada US$4,851.50 setiap auns troy semalam, dan Mac 2026 menokok kepada US$4,945.90 setiap auns troy daripada US$4,870 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih tinggi, ditutup pada US$4,963.70 setiap auns troy berbanding US$4,887.80 setiap auns troy semalam. 

Jumlah dagangan melonjak kepada 479 lot daripada 285 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 567 kontrak daripada 352 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal berada pada US$4,825.55 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 22 Jan, 2026. 

-- BERNAMA