7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan memfokuskan tumpuan dalam mengukuhkan hubungan dengan negara Asia Tengah menerusi penglibatan strategik yang memberi manfaat kepada kalangan perniagaan Malaysia dan rakan niaga serantau.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia pada April 2025, didorong terutamanya sektor pembuatan yang teguh, mencerminkan permintaan agregat yang kukuh dan daya hidup industri,” kata pakar ekonomi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum semalam untuk dibuka tinggi hari ini berikutan penilaian semasa yang kekal menarik, mendorong institusi tempatan terus membuat pembelian saham, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi memperkasa usahawan Bumiputera dalam sektor penyelenggaraan dan baik pulih motosikal menerusi Program Pembangunan Usahawan Motosikal MARA-PETRONAS (PUMP) MotoExpert.
7bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Aliran masuk modal asing ke Malaysia yang mencatat paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun baru-baru ini mencerminkan selera pelabur global yang semakin meningkat terhadap aset Malaysia, meskipun suasana pasaran dunia masih dibayangi ketidaktentuan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd mengumumkan peranannya sebagai penyelaras bersama, pengatur utama yang dimandatkan, penaja jamin dan penyelaras bersama dalam salah satu transaksi pembiayaan pusat data terbesar di Asia Tenggara.
7bulan ago
GEORGE TOWN, 11 Jun (Bernama) -- RHB Banking Group menerusi anak syarikatnya, RHB Islamic Bank Bhd (RHB Islamic) melancarkan inisiatif RHB MyTVETKPM, kad pintar pelbagai guna untuk pelajar institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia menggesa syarikat teknologi dari United Kingdom (UK) berganding bahu bagi membina masa depan digital yang dinamik di negara ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Universiti INCEIF menggesa Malaysia untuk menerajui penyelidikan dan inovasi global dalam ekonomi Islam serta membina reputasinya yang mantap sebagai peneraju dalam kewangan Islam.
7bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut 0.16 peratus, menamatkan peningkatan terdahulu apabila tekanan jualan yang sederhana berlaku pada jam terakhir dagangan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Malaysia meningkat sedikit kepada US$119.60 bilion pada 30 Mei, 2025 daripada US$119.10 bilion pada 15 Mei, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih di pasaran Asia bagi minggu ketiga berturut-turut, mencatatkan aliran keluar RM6.21 bilion atau US$1.47 bilion, lebih tinggi daripada aliran keluar pada minggu sebelumnya berjumlah US$170.8 juta (US$1 = RM4.23).