BERITA TERKINI   Penapis, pengilang gula di Malaysia boleh mohon pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam - Kementerian Kewangan | Tiada sebab harga gula bertapis dinaikkan kerana syarikat seperti MSM Malaysia Holdings Bhd terus terima insentif bulanan kerajaan bagi pastikan kestabilan bekalan, harga - Kementerian Kewangan | Gula bertapis atau gula putih kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula SST yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2025 - Kementerian Kewangan | Mahkamah Tinggi KL melepas tanpa membebaskan Najib daripada pertuduhan pengubahan wang haram babitkan dana SRC berjumlah RM27 juta | GST hanya dapat dilaksanakan sekiranya purata pendapatan rakyat cecah RM4,000 sebulan - PM Anwar | 

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$119.60 Bilion Pada 30 Mei

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Malaysia meningkat sedikit kepada US$119.60 bilion pada 30 Mei, 2025 daripada US$119.10 bilion pada 15 Mei, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab adalah memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (US$106.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.8 bilion), emas (US$3.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM627.92 bilion meliputi emas dan pertukaran serta rizab lain termasuk SDR  (RM530 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.92 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.26 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM27.00 bilion), tanah dan bangunan (RM4.58 bilion), dan aset-aset lain (RM49.16 bilion).

Bank pusat berkata jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM627.92 bilion, merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM193.24 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.90 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM131.81 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.44 bilion), deposit-deposit lain (RM82.37 bilion), kertas Bank Negara (RM10.56 billion), peruntukan SDR (RM28.38 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.12 billion).

-- BERNAMA