6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya Petronas LNG Sdn Bhd (PLSB) memeterai perjanjian induk (HoA) dengan SMJ Energy Sdn Bhd (SMJ Energy) untuk memformalkan terma penyertaan ekuiti SMJ Energy sebanyak 25 peratus dalam PFLNG 3 Sdn Bhd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Peningkatan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah kunci untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan berdaya saing, demikian menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- iCents Group Holdings Bhd menyasarkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 10 peratus pada 2026, didorong oleh jangkaan sumbangan yang meningkat daripada operasi pembuatannya.
6bulan ago
KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- Minggu Tenaga Antarabangsa Keenam (IEW) 2025 yang dilancarkan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak mengesahkan semula peranan pentingnya sebagai peneraju global dalam inovasi tenaga bersih di tengah-tengah peralihan dunia ke arah tenaga lestari.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah diiktiraf sebagai pelabur berdaulat terbaik Malaysia dan menduduki tempat ke-17 di peringkat global dalam Papan Skor GSR (Tadbir Urus, Kemampanan dan Ketahanan) 2025 diterbitkan oleh firma penyelidikan Global SWF berpangkalan di Amerika Syarikat.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pendekatan rundingan kerajaan sentiasa memastikan bahawa sebarang persetujuan yang dicapai menyokong pembaharuan ekonomi negara dan strategi pertumbuhan mampan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor produk getah kekal suram susulan persekitaran operasi yang tidak menguntungkan, dipacu oleh tempoh penyatuan inventori yang lebih lama daripada jangkaan.
6bulan ago
Oleh Hasnah Jusid
ISKANDAR PUTERI, 15 Julai (Bernama) -- Operator pusat data global DayOne memperkukuh komitmen jangka panjangnya terhadap Malaysia dengan meletakkan negara ini sebagai hab utama dalam rantaian bekalan digital serantau menerusi pelaburan infrastruktur dan ekosistem utama yang berpusat di Johor.
6bulan ago
AUCKLAND, 14 Julai (Bernama) -- Malaysia telah mengenal pasti tiga bidang keutamaan untuk meningkatkan kerjasama dengan New Zealand iaitu kemampanan, transformasi digital dan keterjaminan makanan.
6bulan ago
Oleh Sarinah Mat Kasim
SEREMBAN, 13 Julai (Bernama) -- Bermula dengan sekadar hobi kerana minat yang mendalam terhadap seni, seorang suri rumah di sini mampu menjana pendapatan lumayan hasil kreativiti menggubah bunga daripada dawai baldu sekali gus menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetap.
6bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Sianlon Aquatic Sdn Bhd, salah satu penternak benih ikan hiasan terkemuka di Malaysia, sedang meneroka prospek eksport baharu di pasaran Jepun susulan penyertaannya dalam Expo 2025 Osaka.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Schneider Electric Industries (Malaysia) Sdn Bhd telah mengenal pasti tiga bidang kritikal yang memerlukan tindakan tegas industri hartanah untuk mengukuhkan kemampanan dan daya tahan, iaitu berdasarkan hasil tinjauan Green Impact Gap 2024 yang dilaksanakannya.