Terdapat 382 berita berdasarkan kata kunci carian " auns troy"

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal positif minggu depan seiring dengan kenaikan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) berikutan minggu dagangan yang singkat sempena cuti umum sambutan Tahun Baharu.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun harga mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada awal sesi dagangan Jumaat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Sejajar Dengan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas ia menjejaki keuntungan di COMEX Amerika Syarikat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh jangkaan kemungkinan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat yang meningkatkan keyakinan pelabur terhadap logam berharga ini sebagai komoditi selamat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat  (COMEX AS) mendorong niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan menjejaki kenaikan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur membuat persediaan menjelang pengumuman data ekonomi AS yang penting.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Bursa Komoditi New York

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), yang lebih lemah. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Di Bursa Komoditi New York

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Data Senarai Gaji Bukan Ladang AS Kukuh

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan jangkaan penurunan kadar faedah yang selanjutnya oleh Rizab Persekutuan pada tahun depan susulan data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang kukuh.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Pengumuman Data Penting AS

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika peniaga menunggu pengumuman data penting Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Kukuh Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, berikutan minat berterusan pelabur terhadap aset selamat susulan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah bagi kali ketiga tahun ini.