BERITA TERKINI   Majlis Perundingan UMNO-PH setuju kekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan | Kerajaan setuju bayar RM200 sehektar sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | MARA Corp sasar kurangkan kerugian terkumpul kepada RM49.7 juta menjelang akhir 2026, capai prestasi keuntungan terkumpul menjelang akhir 2027 - Ketua Pengarah | MARA sasar jana nilai melalui pelaburan bersasar, berimpak tinggi berjumlah RM2.2 bilion menjelang 2030, meliputi inisiatif kredit karbon dan pembangunan hartanah bernilai tinggi - Ketua Pengarah | Kadar sewa premis semua agensi kerajaan Persekutuan seperti MARA dan UDA dikurangkan, bantu peniaga kecil - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh jangkaan kemungkinan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat yang meningkatkan keyakinan pelabur terhadap logam berharga ini sebagai komoditi selamat.

Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,487.40 setiap auns troy daripada US$4,418.20 setiap auns troy pada Isnin.

Kontrak Januari 2026 pula naik kepada US$4,505.10 setiap auns troy daripada US$4,435.90 setiap auns troy dan kontrak Februari 2026 meningkat kepada US$4,520.60 setiap auns troy daripada US$4,451.30 setiap auns troy semalam.

Kontrak Mac 2026 menokok kepada US$4,537.30 setiap auns troy daripada US$4,468.0 setiap auns troy semalam manakala kontrak April dan Jun 2026 ditutup lebih tinggi pada US$4,555.30 setiap auns troy daripada US$4,487.90 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 61 lot berbanding 42 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 121 kontrak daripada 93 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada harga US$4,421.65 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 22 Dis, 2025.

-- BERNAMA