BERITA TERKINI   Malaysia tetapkan sasaran capai RM100 bilion dalam jualan francais negara menjelang 2030 - Ahmad Zahid | Sukan SEA 2025: Jaguh renang negara Khiew Hoe Yean raih pingat emas 400m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 3:50.63s | Thailand akan adakan pilihan raya umum pada 8 Feb - Suruhanjaya Pilihan Raya | Sukan SEA 2025: Kuartet 4x100 meter lelaki negara rangkul perak, pecah rekod kebangsaan dengan catatan baharu 39.03 saat | Sukan SEA 2025: Atlet olahraga negara Andre Anura Anuar rangkul emas lompat jauh lelaki | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Pengumuman Data Penting AS

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika peniaga menunggu pengumuman data penting Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini.

Data itu yang juga petunjuk penting ekonomi AS termasuk Gaji Bukan Perladangan, Indeks Harga Pengguna, Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dan Indeks Sentimen Pengguna Universiti Michigan.

Kontrak bulan semasa Disember 2025 naik kepada US$4,359.0 setiap auns troy daripada US$4,324.50 setiap auns troy pada Jumaat lepas, Januari 2026 menokok kepada US$4,375.90 setiap auns troy daripada US$4,341.40 setiap auns troy, Februari 2026 meningkat kepada US$4,391.40 setiap auns troy daripada US$4,357.20 setiap auns troy manakala Mac 2026 bertambah kepada US$4,408.10 setiap auns troy daripada US$4,373.90 setiap auns troy.

Selain itu, kontrak April dan Jun 2026 juga ditutup tinggi kepada US$4,428.40 setiap auns troy berbanding US$4,394.20 setiap auns troy, sebelum ini.

Jumlah dagangan bagaimanapun berkurangan kepada 51 lot berbanding 172 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 112 kontrak daripada 238 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$4,346.95 setiap auns troy sebagaimana penetapan oleh London Bullion Market Association pada 12 Disember, 2025.

-- BERNAMA