Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun harga mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada awal sesi dagangan Jumaat.
Dilaporkan pada 05:49 GMT, niaga hadapan harga emas Februari di Bursa Komoditi New York (COMEX) naik 0.86 peratus daripada penutup sebelumnya, meningkat US$38.6 kepada US$4,541 setiap auns troy.
Pada awal sesi dagangan, harga mencatat rekod US$4,561.4 setiap auns.
Sementara itu, kontrak bulan semerta Disember 2025 turun kepada US$4,487.40 setiap auns troy daripada US$4,491.10 setiap auns troy pada Rabu.
Kontrak Januari 2026 susut sedikit kepada US$4,505.10 setiap auns troy daripada US$4,508.50 setiap auns troy, manakala Februari 2026 berkurangan kepada US$4,520.60 setiap auns troy daripada US$4,524.0 setiap auns troy.
Bagi kontrak Mac 2026, ia turun kepada US$4,537.30 setiap auns troy daripada US$4,540.70 setiap auns troy pada Rabu, manakala kontrak April dan Jun 2026 ditutup lebih rendah kepada US$4,555.30 setiap auns troy daripada US$4,558.70 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan menurun kepada 36 lot berbanding 70 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 95 kontrak daripada 129 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal berada pada US$4,449.40 setiap auns troy, menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 23 Dis, 2025.
-- BERNAMA