BERITA TERKINI   India sokong peranan Malaysia sebagai negara rakan BRICS, aspirasi jadi anggota BRICS - Kenyataan Bersama | Malaysia sambut baik India sebagai Pengerusi BRICS 2026 - Kenyataan Bersama | PM Anwar, Modi saksi pertukaran 11 MoU antara Malaysia dan India | Perdagangan dua hala Malaysia-India dijangka melepasi AS$18.59 bilion, dicatatkan tahun lepas - PM Anwar | Malaysia, dalam konteks ASEAN, pasti dapat manfaat besar sekiranya rantau ini dapat memperoleh lebih banyak cara dan peluang untuk bekerjasama dengan India - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat  (COMEX AS) mendorong niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.

Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,418.20 setiap auns troy daripada US$4,331.30 setiap auns troy pada Jumaat lepas, Januari 2026 melonjak kepada US$4,435.90 setiap auns troy daripada US$4,349 setiap auns troy, manakala kontrak Februari 2026 menokok kepada US$4,451.30 setiap auns troy daripada US$4,364.10 setiap auns troy.

Kontrak Mac 2026 meningkat kepada US$4,468.0 setiap auns troy daripada US$4,380.80 setiap auns troy sebelum ini, manakala kontrak April dan Jun 2026 ditutup lebih tinggi kepada US$4,487.90 setiap auns troy daripada US$4,398.80 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan bagaimanapun menurun kepada 42 lot berbanding 72 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka turut susut kepada 93 kontrak daripada 149 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$4,337.60 setiap auns troy, menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 19 Disember, 2025.

-- BERNAMA