BERITA TERKINI   Kelantan perketat saringan kesihatan di tiga pintu sempadan susulan risiko virus Nipah - Pengarah Kesihatan | Ops Tiris bongkar skala ketirisan subsidi, rampasan hampir RM179 juta sejak 2024 hingga Januari 2026 - KP Penguat Kuasa KPDN | Seorang lagi ahli geng ‘Captain Praba’ diekstradisi dari Thailand semalam, 15 lagi sedang diburu - Ketua Polis Negara | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjelang pengumuman data pekerjaan bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS).

Kontrak bulan semerta Disember 2025 susut kepada US$4,289.60 setiap auns troy daripada US$4,359.00 setiap auns troy semalam, manakala kontrak Januari 2026 turun kepada US$4,306.50 setiap auns troy daripada US$4,375.90 setiap auns troy.

Kontrak Februari 2026 merosot kepada US$4,322.00 setiap auns troy daripada US$4,391.40 setiap auns troy, sementara kontrak Mac 2026 susut kepada US$4,338.70 setiap auns troy daripada US$4,408.10 setiap auns troy sebelum ini.

Sementara itu, kontrak April dan Jun 2026 masing-masing ditutup rendah pada US$4,357.20 setiap auns troy berbanding US$4,428.40 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan melonjak kepada 265 lot berbanding 51 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 340 kontrak daripada 112 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$4,315.85 setiap auns troy, berdasarkan penetapan London Bullion Market Association (LBMA) pada 12 Dis, 2025.

-- BERNAMA