28hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada hari pertama urus niaga tahun 2026 di tengah-tengah jumlah dagangan yang perlahan berikutan penutupan pasaran niaga hadapan getah Jepun dan Shanghai, kata seorang peniaga.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 pada 4.8 peratus dan mengunjurkan sederhana kepada 4.2 peratus pada 2026, disokong oleh Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan yang stabil.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi pagi hari dagangan pertama 2026, ditekan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan kenaikan sebelum ini selain kekurangan pemangkin baharu.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kadar faedah jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Berjaya Assets Bhd telah melantik Tan Tee Ming, 49, menantu pemegang saham utamanya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, berkuat kuasa 1 Jan 2026.
29hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari dagangan terakhir 2025 hari ini berikutan kebimbangan pasaran terhadap prospek permintaan yang lebih lemah.
30hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari terakhir 2025 diasak oleh aktiviti pengambilan untung, namun kekal melakar prestasi sebagai antara mata wang berprestasi terbaik rantau ini bagi 2025.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Rabu, menjejaki pasaran tunai pendasar.
30hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup hari dagangan terakhir 2025 dengan prestasi yang sedikit lemah, susut 0.26 peratus di tengah-tengah keadaan yang negatif berikutan tiadanya pemangkin baharu dan selari dengan kelemahan di pasaran serantau.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat sedikit kepada 1.4 peratus pada November 2025 daripada 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
30hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu, seiring dengan pergerakan pasaran serantau yang rendah.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$124.12 bilion (US$1= RM4.04) pada 30 November, 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada US$266.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).