BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 | Sebahagian syarikat dorman tidak dapat dibubar kerana obligasi kewangan seperti hutang perlu dilunaskan - Liew Chin Tong | Rugi bersih Supermax Corporation naik kepada RM58.44 juta pada suku kedua tahun kewangan 2026 | Ringgit ditutup rendah, turun kepada 3.8915/8980 berbanding dolar AS daripada 3.8885/8925 ketika ditutup semalam | 

Kadar Jangka Pendek Diunjur Kekal Stabil Disokong Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kadar faedah jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan RM38.80 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM25.81 bilion.

Pada hari ini, BNM akan mengendalikan dua tender repo berbalik merangkumi masing-masing RM1 bilion untuk tempoh tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 32 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.3 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM25.8 bilion.

-- BERNAMA