BERITA TERKINI   Kerajaan Negeri Perlis isytihar esok sebagai cuti peristiwa - Menteri Besar | Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Mohamed Khaled | 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu, seiring dengan pergerakan pasaran serantau yang rendah.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 10.19 mata atau 0.6 peratus kepada 1,674.34 daripada 1,684.53 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks barometer, yang dibuka rendah 2.75 mata kepada 1,681.78, bergerak antara 1,671.59 dan 1,681.78 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran secara menyeluruh negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 521 berbanding 271 manakala 532 kaunter tidak berubah, 1,362 tidak diniagakan dan 41 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 925.4 juta unit bernilai RM656.5 juta.

Menurut Public Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, pihaknya menjangka sentimen dalam pasaran Asia kekal bercampur-campur berikutan pelabur memasuki hari dagangan terakhir pada tahun ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing merosot empat sen kepada RM10.46 dan RM4.50, CIMB berkurangan 10 sen kepada RM8.13, Tenaga Nasional menurun enam sen kepada RM13.72 dan IHH susut dua sen kepada RM8.58.

Dalam senarai paling aktif, Zetrix merosot satu sen kepada 81 sen, Tanco dan Inari Amertron, masing-masing naik satu sen kepada RM1.16 dan RM1.71, Mega Fortis menambah setengah sen kepada 88.5 sen dan Jiankun tidak berubah pada tiga sen.

Daripada kaunter paling untung, Dutch Lady meningkat 18 sen kepada RM30.98, Petronas Dagangan naik 14 sen kepada RM20, Magna Prima menambah 12 sen kepada 69.5 sen manakala Ralco dan LPI, masing-masing menokok 10 sen kepada 83 sen dan RM14.96.

Bagi kaunter paling rugi, MPI merosot 54 sen kepada RM32.34, F&N berkurangan 32 sen kepada RM35.48, Allianz menurun 30 sen kepada RM19.94, Petronas Gas susut 28 sen kepada RM18.12 dan Hong Leong Bank merosot 18 sen kepada RM22.36.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 56.81 mata kepada 12,271.73, Indeks FBMT Top 100 berkurangan 59.61 mata kepada 12,076.78 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 35.74 mata kepada 12,083.83.

Indeks FBM Mid 70 merosot 20.11 mata kepada 16,810.34 dan Indeks FBM ACE berkurangan 12.03 mata kepada 4,849.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 146.26 mata kepada 19,620.53 dan Indeks Perladangan berkurangan 41.85 mata kepada 8,300.34, Indeks Tenaga menurun 3.35 mata kepada 765.38 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.16 mata kepada 173.67.

-- BERNAMA