BERITA TERKINI   Kes libatkan pegawai tertinggi ATM: MINDEF tidak akan lindungi sesiapa, beri kerjasama penuh pastikan siasatan bebas, telus - Mohamed Khaled | Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 secara kolektif dan sukarela letak jawatan serta-merta hari ini - FAM | Usaha kembalikan wibawa, kepercayaan bangsa dan negara terhadap ATM jadi keutamaan terpenting Kerajaan MADANI - Mohamed Khaled  | MINDEF laksana pembaharuan tatacara dan tatakelola menerusi lima langkah utama bagi tutup ruang rasuah, salah guna kuasa - Mohamed Khaled | MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke | 

Terdapat 5496 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran "

Domino’s Pizza Malaysia Buka Peluang Francais Baharu Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Domino’s Pizza Malaysia membuka peluang francais baharu di seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, mempelawa bakal usahawan dan pemilik perniagaan untuk berkembang bersama salah satu jenama piza paling dikenali di dunia itu.

Tesla Malaysia Kekalkan Harga Semasa Selepas Pengecualian Cukai EV Tamat

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Tesla Malaysia akan terus menawarkan kesemua model kenderaannya pada harga permulaan yang diperkenalkan pada 2025 selepas pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) tamat pada 31 Disember lepas.

Bursa Lulus Pelan Regularisasi Iskandar Waterfront City

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Iskandar Waterfront City Bhd mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung cadangan pelan regularisasinya yang merangkumi cadangan penyelesaian hutang dan cadangan pengurangan modal, untuk membolehkannya keluar daripada status penerbit tersenarai yang terjejas.

Ringgit Ditutup Kukuh Susulan Pasaran Melihat Ketegangan AS–Venezuela Terkawal Dari Segi Ekonomi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pasaran menilai semula insiden AS–Venezuela sebagai gangguan politik tetapi terkawal dari segi ekonomi, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.45 Peratus

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dengan indeks utama susut 0.45 peratus di tengah-tengah kekurangan pemangkin baharu dan aktiviti pengambilan untung yang sederhana, susulan kenaikan baru-baru ini.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa, menjejaki pasaran tunai pendasar. 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Trend Meningkat Niaga Hadapan Serantau, Cuaca Lembap

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran meningkat serantau di pasaran niaga hadapan getah, kata peniaga.

Agenda sokong Pertumbuhan PM Anwar Bantu Tangani Kelemahan Tadbir Urus - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan pandangan positifnya terhadap FTSE Bursa Malaysia KLCI bagi 2026, dengan sasaran akhir tahun sebanyak 1,772 mata susulan Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggariskan agenda dipacu pembaharuan dan menyokong pertumbuhan.

Rangka Kerja Dasar Dapat Tangani Cabaran Struktur Dan Operasi PMKS - MEF

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kerangka dasar yang dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dapat menangani cabaran struktur dan operasi yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Selasa dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut dalam persekitaran kekurangan penyertaan pelabur.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Permintaan Terhadap Mata Wang Selamat Berkurangan

Oleh Zufazlin Baharuddin dan K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pelabur sedang menilai situasi antara AS dan Vanezuela, pemintaan terhadap dolar AS tidak bertahan lama berikutan risiko geopolitik semasa yang masih dalam kawalan.

Bursa Malaysia Kemas Kini Yuran Baharu SC Berkuat Kuasa 1 Jan, 2026

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) --  Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan kemas kini yuran baharu yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).