BERITA TERKINI   Pasangan suami isteri ditemukan maut di Jalan Brayun, Sri Aman, Sarawak, awal pagi tadi dengan kesan kecederaan serius di bahagian tubuh - Polis | Bekas Panglima Tentera Darat yang direman sebelum ini telah dibebaskan pada 12 Jan lepas - Azam Baki | Seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan SPRM hari ini bagi bantu siasatan kes rasuah - Azam Baki | Tuanku Muhriz zahir kebimbangan gejala rasuah semakin berleluasa, kecewa masih ada pihak beri sokongan kepada individu disabitkan bersalah | Tuanku Muhriz harap pembinaan Hospital USIM di Nilai dipertimbangkan dengan teliti, potensi perkukuh perkhidmatan kesihatan di Negeri Sembilan | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa, menjejaki pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2026 dan Mac 2026 masing-masing menyusut 9.5 mata kepada 1,674.0 dan 1,659.0, manakala Februari 2026 merosot 10.5 mata kepada 1,677.05, dan Jun 2026 turun 6.5 mata kepada 1,664.0.

Jumlah dagangan berkurang kepada 6,899 lot daripada 7,904 lot, manakala kepentingan terbuka susut kepada 40,130 kontrak daripada 40,750 kontrak semalam.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.97 mata kepada 1,672.35  berbanding 1,680.32 ketika ditutup pada Isnin. 

-- BERNAMA