BERITA TERKINI   TKSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Amran Ahmad dilantik KP Kastam berkuat kuasa 9 Mac - KSN | KP Kastam Datuk Anis Rizana dilantik KSU Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa 9 Mac - KSN | KSN umum enam pertukaran dan pelantikan baharu libatkan jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam berkuat kuasa 9 Mac ini | PM Anwar mahu rakyat sentiasa berjimat cermat dan mengikuti perkembangan situasi geopolitik Timur Tengah | Harga subsidi RON95 masih terkawal meskipun wujud konflik di Timur Tengah - PM Anwar | 

Tesla Malaysia Kekalkan Harga Semasa Selepas Pengecualian Cukai EV Tamat

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Tesla Malaysia akan terus menawarkan kesemua model kenderaannya pada harga permulaan yang diperkenalkan pada 2025 selepas pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) tamat pada 31 Disember lepas.

Dalam kenyataannya hari ini, Tesla Malaysia turut mengulangi komitmennya terhadap Malaysia sebagai sebuah pasaran penting dalam misi globalnya mempercepatkan peralihan kepada tenaga lestari.

Kenderaan jenis sedan Model 3 akan terus ditawarkan pada harga permulaan RM169,000 manakala Model Y juga kekal pada harga serendah RM195,450 seunit.

Menurut Tesla, penawaran itu akan disokong oleh pelaburannya pada masa ini membabitkan kemudahan pengecasan di serata negara selain meningkatkan akses pelanggan.

Dalam usaha menyokong inisiatif hijau kerajaan Malaysia, Tesla turut membuat pelaburan bagi mengembangkan rangkaian serta infrastruktur pengecasannya di serata Malaysia.

“Pada masa ini, kami mengendalikan 18 stesen pengecasan super dan 17 lokasi pengecasan dengan 76 pengecas super dan 79 destinasi pengecasan yang menyokong perjalanan jarak jauh serta kemudahan harian yang seiringan dengan penambahan opsyen pengecasan di rumah.

“Lebih banyak stesen pengecasan akan dibuka tidak lama lagi bagi memantapkan lagi pengalaman pemilik Tesla yang lancar serta menyeluruh,” katanya.

Kenderaan EV yang diimport sepenuhnya (CBU) dikecualikan daripada duti import dan duti eksais sehingga 31 Disember 2025.

-- BERNAMA