3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Pelabur Amerika digalakkan untuk meneroka dan mengembangkan pelaburan mereka di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, dan tidak terhad kepada hab sedia ada seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Malaysia-Jepun sedang berkembang, menuju ke arah penciptaan bersama, dengan syarikat Malaysia mengambil bahagian sebagai pembekal, rakan kongsi dan penyedia penyelesaian dalam rantaian nilai serantau dan global.
3hari ago
SINGAPURA, 5 Feb (Bernama) -- AirBorneo menyasarkan untuk mengembangkan operasinya dengan laluan dan kapasiti tambahan, susulan rancangannya untuk memperkenalkan operasi enjin jet pada separuh kedua 2026.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB sedang memperkukuh pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terangkum menerusi program RHB #JomBiz dengan menyokong lebih daripada 1,000 usahawan mikro di seluruh Malaysia.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dilihat berpotensi untuk memacu projek berkaitan iklim dan menempatkan diri sebagai model global bagi penyelesaian iklim jika modal, dasar dan pembangunan pengetahuan diselaraskan dengan berkesan, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
3hari ago
JAKARTA, 5 Feb (Bernama) -- Negara-negara anggota ASEAN perlu mewujudkan ekosistem pelaburan yang kondusif termasuk layanan yang setara bagi menyokong pelaburan syarikat dari negara anggota lain, sekali gus memastikan rantaian bekalan serantau yang lebih bersepadu.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Langkah semakan semula dan rundingan naik taraf perjanjian perdagangan bebas (FTA) merupakan strategi kritikal bagi memastikan kerangka perdagangan Malaysia kekal bersesuaian dalam memacu agenda ekonomi dan sosioekonomi negara.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) hanya akan berkuat kuasa selepas Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bertukar notis bertulis berdasarkan Artikel 7.2 ART.
4hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu tetapi kekal stabil, disokong oleh petunjuk perniagaan yang lebih baik di seluruh Asia, termasuk Malaysia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu dalam persekitaran pandangan berbeza dalam kalangan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.
5hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang utama lain serta unit serantau ASEAN pada Selasa, terus dipacu oleh keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- AirBorneo memeterai perjanjian dengan pengeluar pesawat ATR untuk menempah lapan pesawat terdiri daripada lima ATR 72-600 dan tiga ATR 42-600, dengan penghantaran dijadualkan antara 2027 dan 2029.